TGV Cinemas

TGV Cinemas Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tanjong Golden Village) ialah rangkaian pawagam kedua terbesar Malaysia, selepas Golden Screen Cinemas. Setakat Mac 2018, TGV Cinemas memiliki 34 buah multipleks dengan 268 keping layar dan melebihi 45,000 buah tempat duduk.[3] TGV Cinemas beribu pejabat di Menara Maxis, Kuala Lumpur.[4]